ADA dakwaan dibuat seorang pemimpin di sebuah negara asing baru-baru ini  yang membayangkan kononnya pentadbiran BN dahulu ada masuk campur dalam sistem perundangan negara kita – perkara yang kononnya tidak akan dilakukan pentadbiran baru.

Sudah tentu, seperti mana banyak dakwaan serupa, kenyataan ini hanya keluar begitu saja tanpa ada bukti untuk menyokongnya.  Samalah seperti menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mencuri dan menyelewengkan duit 1MDB.

Sejak dari 2015 lagi kita dengar kononnya ada banyak bukti dan sekian-sekian banyak kesalahan telah dilakukan.  Apa setelah mengambilalih pentadbiran, dengan meletakkan orang-orang yang dulu konon ditukar kerana cubaan menutup bukti berkaitan di agensi penguatkuasaan, rumah digeledah berhari-hari dan sebagainya, pun macam tak jumpa apa-apa juga.

Entah pergi mana semua bukti yang dikatakan sudah ada sejak 2015 itu tadi?  Rakyat bagaimanapun masih menunggu dan menanti.

Begitupun, ketika ramai orang di media sosial menyifatkan kenyataan ini seumpama meludah ke muka sendiri, tidak kurang ramai juga yang nak tahu tentang kebenaran disebalik dakwaan yang dibuat pemimpin yang berkenaan?  Kes mahkamah yang mana satu?  Ini tuduhan berat kerana jika benar, ia boleh menjejaskan sistem kehakiman negara kita yang diiktiraf banyak pihak semakin baik terutama sejak 2004.

Dakwaan kerajaan masuk campur dalam sistem perundangan negara ini seingat penulis banyak diperkatakan sejak 1998, bukan beberapa tahun kebelakangan ini. Semua orang tahu zaman Najib menjadi Perdana Menteri, banyak juga keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai “tidak menguntungkan” pentadbirannya dibuat

Kalau ada campur tangan, boleh ke jadi macam itu?

Lain pulak ceritanya selepas September 1998. Sistem kehakiman kita diperlekeh dan dihina parti-parti pembangkang pada ketika itu akibat kes-kes Mahkamah yang tidak menyebelahi pemimpin mereka, sehingga ke tahap digelar sebagai Mahkamah kangaroo – entah apalah maksudnya tapi bukanlah sesuatu yang baik rasanya.

Ungkapan “Rakyat Hakim Negara” adalah manifestasi kehilangan kepercayaan pembangkang pada zaman itu dan selepasnya terhadap sistem keadilan negara kita.

Justeru rakyat menunggukan bukti, dengan macam mana kerajaan dulu masuk campur dalam sistem keadilan negara kita?  Bukti mau ada, cakap siapa pun boleh.