Serangan berterusan ke atas SPR menjelang hari pembuangan undi 9 Mei.

1) Kempen Fitnah dakwat tak kekal pada PRU12 tahun 2008 berjaya pada minggu terakhir sebelum pembuangan undi dan pada hari mengundi.

Selepas PRU12 baru lah Rakyat sedar Fitnah yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang.

2) Kempen fitnah 40 ribu pengundi Bangla pada PRU13 tahun 2013 berjaya dibuat pada sehari sebelum dan pada hari pembuangan undi. Termasuklah fitnah blackout waktu pengiraan undi.

Selepas PRU13 baru lah Rakyat sedar fitnah yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang.

3) Apa lagi kempen fitnah pada PRU14 tahun 2018 kali ini?

Mereka akan fitnah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Pakatan Pembangkang akan membuat kerja-kerja jijik menghasut rakyat agar rakyat percaya bahawa SPR telah melakukan penipuan dalam proses pembuangan undi pada undi POS hari ini 5 Mei dan hari pembuangan undi 9 Mei nanti.

Rafizi Ramli yang merupakan pengarah Strategik PKR telah berjaya menjadikan Dun Rantau sebagai tempat tumpuan dimana SPR disalahkan dan berjaya menghasut rakyat mempertikaikan kreabiliti SPR. Malah sehingga ke hari ini pihak pembangkang memainkan sentimen menolak kepercayaan SPR dan berjaya menyakinkan ramai pengundi bahawa SPR adalah agen BN dan menyebelahi kerajaan BN.

Perancangan mereka sangat halus dan telah berjaya melalui insiden di Dun Rantau dan Saya yakin SPR adalah sasaran mereka pihak Pakatan menjelang hari pembuangan undi nanti. Harus kita ingat rakyat sebenar-benarnya tidak tahu fungsi SPR apatah lagi tentang proses pilihanraya.

Bekas pengarah SPR Abd Rashid yang kini merupakan pemimpin kanan Parti Bersatu merupakan individu utama dalam perancangan insiden Dun Rantau dan dengan pengalaman yang beliau ada selama ini dengan SPR maka lebih mudah untuk mereka melakukan serangan ke atas SPR hari ini undi POS menjelang hari pembuangan undi nanti 9 Mei.

Pakatan Pembangkang akan melakukan bermacam-macam cara agar rakyat termakan dengan rekayasa yang dibuat dan sekali lagi kempen fitnah jijik ke atas Barisan Nasional melalui mangsa terkini iaitu SPR.

Saya minta agar rakyat kali ini buka mata dan minda seluas-luas nya. Kali ini jangan lagi percaya dengan rekayasa fitnah yang pihak Pakatan Pembangkang lakukan. Rakyat harus bijak kali ini dan menolak kempen jijik yang dimainkan oleh pihak pembangkang.