KUALA LUMPUR, 26 April – Senator Dewan Negara, Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, orang ramai khususnya anak muda harus berhati-hati dengan strategi pembangkang yang akan terus menggunakan berita palsu termasuklah memanipulasi isu lama sebagai senjata utama mereka bagi meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Jelas beliau, pembangkang juga akan terus-terusan menyemai rasa benci di hati rakyat dengan pelbagai manipulasi dan terus menggesa agar mereka mengubah kerajaan sedia ada.

“Kita tahu, pembangkang sekarang ini semakin terdesak kerana segala tohmahan yang dilemparkan mereka telah berjaya dijawab oleh kepimpinan BN. Justeru mereka akan menggunakan isu lama atau video lama bagi mengelirukan rakyat termasuklah isu GST, 1MDB, pengundi hantu dan sebagainya.

“Bagi mereka, isu-isu ini amat mudah digunapakai berulangkali kerana rakyat terutamanya di luar bandar masih tidak faham dan inilah peluang mereka untuk mempengaruhi pengundi,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas Fahariyah yang juga merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, walaupun sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang itu telah dijelaskan banyak kali baik di dalam sidang DUN dan sidang Parlimen, namun pembangkang akan terus-terusan menggunapakai isu tersebut bagi merosakkan kepercayaan rakyat terhadap BN.

Justeru, beliau berharap agar rakyat akan dapat menilai secara matang apa yang dibangkitkan oleh pembangkang kerana telah terbukti mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat menjatuhkan kerajaan BN.

Berikut adalah antara bukti fitnah pembangkang;

1. Mahkamah menolak permohonan Mahfuz Omar menggugurkan saman fitnah oleh Dr. Hasan Ali berhubung tuduhan penajaan oleh KBS

2. Khalid Samad kalah dalam saman oleh Dr. Hasan Ali berkaitan fitnah penajaan oleh SYABAS, diperintah membayar RM32,000

3. Mat Sabu diperintah membayar RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR ekoran fitnah berkaitan projek IC di Sabah

4. Saifuddin Nasution memohon maaf kepada Khalid Ibrahim berkaitan fitnah yang dilemparkan sebelum ‘langkah Kajang’.

5. Nurul Izzah memohon maaf kepada Datuk Raja Nong Chik berkaitan fitnah pembelian tanah di Bukit Kiara

6. Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Perdana Menteri berkaitan fitnah melibatkan PM dan Panglima ATM

7. Mazlan Aliman kalah dalam kes saman oleh Felda berkaitan fitnah buku terbitannya

8. Dr. Syed Azman diperintahkan membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Terengganu berikutan fitnah penyelewengan pembelian uniform sekolah

9. Wan Azizah didapati bersalah dalam saman fitnah oleh Felda melalui kenyataannya dalam Suara Keadilan

10. Rafizi Ramli di dapatii menfitnah menuduh Datuk Seri Rahman Dahlan menganugerahkan projek kepada ‘abangnya’ Raslan Dahlan tapi sebenarnya mereka bukan adik beradik.

11. Rafizi Ramli diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi RM200,000 terhadap National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung saman fitnah membabitkan pembelian hartanah KL Eco City.

MediaUMNO