Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia.

Maarof ZakariaTetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria. Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.

Jalan Maarof

Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, yang bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat membeli belah di Bangsar yang cukup sibuk.

Siapa Maarof

Maarof Zakaria anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau Pendeta Zaaba (16 September 1895-23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis dan penulis negara, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 Nov 1909 – 7 November 1991).

Pengasas Malay Nasional Bank

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun seiring dengan kemajuan bangsa lain, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat. Salah satu daripadanya ialah melalui sistem perbankan yang sistematik.

Artikel akhbar tentang tragedi pembunuhan pengasas bank Melayu pertama. Eksklusif temubual bersama anak Allahyarham, Datuk Mustapha Maarof.

Dengan berkat keazaman yang tinggi akhirnya, pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria. Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham dan hanya terbuka kepada orang-orang Melayu. Ringkasnya, pelanggannya terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu telah ada dua buah bank di Tanah Melayu. Di kedua buah bank tersebut, Melayu tidak dibenar meminjam wang. Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi. Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu telah disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Dibunuh Kejam

Selepas 6 bulan bank untuk Melayu itu beroperasi dengan jayanya, Encik Maarof Zakaria telah dijumpai mati dibunuh di Lake Garden. Sebelum itu, Maarof dilaporkan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru. Beliau ditemui di dalam hutan dalam keadaan tergantung. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya didapati tidak diambil oleh pembunuh. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di dalam bidang ekonomi.

Pihak yang merancang dan bertanggungjawab membunuh Encik Maarof Zakaria, nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi. Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965, cadangan penubuhan Bank Bumiputera telah diketengahkan. Akhirnya, Bank Bumiputera Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu 1965 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bin Hussein. Penubuhan Bank Bumiputera ini bertujuan untuk membaiki ekonomi Bumiputera dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar.

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 – 7 November 1991).

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh berniat ingin membunuh Encik Maarof sahaja.

Maarof telah diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seremban, Negeri Sembilan. Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati, digantung pada sebatang pokok dalam hutan, berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.

Mustapha cukup yakin bapanya menjadi mangsa komplot pihak tertentu yang tidak mahu melihat tokoh Melayu bangkit terutama dalam bidang ekonomi kerana penubuhan Malay National Bank itu dilihat bakal menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik China iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965, cadangan penubuhan Bank Bumiputera telah diketengahkan. Akhirnya, Bank Bumiputera Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu 1965 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bin Hussein. Penubuhan Bank Bumiputera ini bertujuan untuk membaiki ekonomi Bumiputera dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar.